Institusi raja dan pembesar Melayu adalah satu institusi politik dan sosiobudaya masyarakat tempatan di Asia Tenggara khususnya di Kepulauan Melayu. Institusi ini menjadi tonggak kepada masyarakat Melayu dan dikekalkan sebagai satu warisan kepada institusi kepimpinan serta sistem pentadbiran tamadun bangsa Melayu. Beberapa manuskrip Melayu seperti Sulalat al-Salatin, al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Salasilahatau Tarekh Kerajaan Kedah, Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid (SMSAH) dan Buku Lawatan Yang Maha Mulia dan Tengku Ampuan menjadi bukti kewujudan kerajaan-kerajaan beraja di Kepulauan Melayu. Penulisan buku ini menceritakan tentang asal usul sesebuah kerajaan dan raja-raja yang telah memainkan peranan yang penting dalam membangun dan memajukan negeri serta kerajaannya sehingga dikenali di peringkat tempatan dan antarabangsa. Ia juga dibantu oleh para pembesar di setiap peringkat serta kesetiaan rakyat jelata yang tidak berbelah bahagi. Adalah diharapkan penulisan ini dapat merangsang minda para pembaca untuk mendalami pengetahuan tentang proses pembinaan dan pengukuhan sesebuah kerajaan Kesultanan Melayu yang masih utuh sehingga hari ini. Semoga penerbitan buku ini dapat memberi manfaat yang besar kepada para pembaca dan penyelidik dalam meneroka bidang-bidang tertentu yang berkaitan dengan institusi raja dan pembesar Melayu.
Book