WELCOME TO UniMAP ONLINE BOOKSTORE >>>>>>>>>GET OUR LATEST TITLE HERE>>>>>> WELCOME TO UniMAP ONLINE BOOKSTORE>>>>>>>>> GET OUR LATEST TITLE HERE >>>>>>>>>WELCOME TO UniMAP ONLINE BOOKSTORE>>>>>>GET OUR LATEST TITLE HERE>>>>>>>>>
Asas ilmu kepada buku ini adalah bidang psikologi kaunseling. Penulis menggunakan kaedah Applied Psychology dalam penyebaran ilmu dan ditulis secara santai. Isu-isu berkaitan Self-Development menjadi teras utama di dalam buku ini. Justeru, penulis mengupas isu-isu kepincangan atau negatif yang ada dalam diri dan perlu dibuat perubahan. Selain itu, terdapat juga isu-isu berkaitan adaptasi dan asimilasi individu dalam masyarakat disentuh di dalam buku ini. Di samping itu, isu-isu semasa berkaitan dalam negara juga dikupas dalam buku ini untuk memberikan pengajaran serta tindakan yang wajar dilakukan. Buku ini adalah pengubahsuaian dan tambah baik artikel yang dihantar penulis kepada Akhbar Sinar Harian sebagai kolumnis. Mesej besar yang ingin disampaikan kepada pembaca ialah perlunya kita bertoleransi, bersifat terbuka, sentiasa bermuhasabah diri, memperkukuhkan kerangka berfikir dan sentiasa bergerak kehadapan.
Dan janganlah kamu (berasa) lemah dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman.