WELCOME TO UniMAP ONLINE BOOKSTORE >>>>>>>>>GET OUR LATEST TITLE HERE>>>>>> WELCOME TO UniMAP ONLINE BOOKSTORE>>>>>>>>> GET OUR LATEST TITLE HERE >>>>>>>>>WELCOME TO UniMAP ONLINE BOOKSTORE>>>>>>GET OUR LATEST TITLE HERE>>>>>>>>>
Penerbitan penulisan ini adalah relevan untuk disajikan kepada setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Hal ini demikian kerana semua isi kandungan penulisan ini adalah berkisar dengan konteks kemanusiaan yang bersifat realistik dan bersesuaian dengan zaman. Kebanyakan isu yang diutarakan adalah berkaitan dengan isu kemanusiaan yang berlegar di sekitar Covid-19 dan juga hal-hal yang berkaitan dengan persoalan pembangunan manusia, serta konteks sains sosial. Artikel-artikel yang dimuatkan ini diharapkan dapat memberi ilmu dan info-info terkini berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan oleh para penulis. Semoga ia dapat memberi manfaat dan faedah kepada para pembaca dalam menajamkan minda untuk meneroka sumber ilmu yang tidak pernah terhad dan terbatas. Kandungan diges kemanusiaan ini mengandungi sembilan bab yang cuba mengangkat pelbagai isu dalam kehidupan manusia yang berhadapan dengan pelbagai cabaran.