Author: Nazel Hashim Mohamad
Pages: 108
Size: 6 inch x 9 inch
PANTUN telah wujud dalam masyarakat Malayu di Nusantara ini sejak berzaman. Ia
adalah satu daripada sekian banyak genre dalam sastera, dan ia hanya terdapat dalam dunia
Melayu. Ini sesuatu yang membanggakan, sehingga ada bangsa yang cuba menirunya,
terutama Perancis dan Inggeris dengan istilah pantoum. Cara penyampaiannya juga
berbeza-beza mengikut wilayah. Namun rima pada hujung barisnya tetap dikekalkan. Ini
tidak perlu dilanjutkan kerana pembaca sendiri pernah dan dapat menghayatinya apabila
mendengar atau membacanya. Dalam buku kumpulan Pantun Pak Nazel: Kedinamikan
Pantun Melayu (buku kumpulan pantun yang ke-14) oleh Nazel Hashim Mohamad atau
lebih dikenali sebagai Pak Nazel, yang sederhana ini, Pak Nazel telah memilih dan
menggunakan kata-kata atau istilah-istilah daripada bahasa Inggeris, khususnya yang telah
menyebati dalam bahasa Melayu, dalam maksud pantun yang dinukilkan. Ini bermakna
bahasa Melayu itu tidak statik sifatnya. Itulah uniknya bahasa Melayu, mudah menerima
istilah-istilah asing jika ia dapat dimanfaatkan dalam bahasanya. Malah Pak Nazel
menyediakan pula indeks bagi memudahkan pembaca untuk mencari kata atau istilah yang
dihajatkan. Ini juga merupakan suatu pendekatan baharu dalam dunia penulisan pantun
kita. Maka hayatilah kumpulanPantun Pak Nazel: Kedinamikan Pantun Melayu yang
amat istemewa persembahannya ini dengan tenang tetapi kritis dalam mencari apa yang
tersirat di dalam bait-baitnya.