EDITORS: MOHAMMAD REZAL HAMZAH, JAMIAH MANAP, HUZILI HUSSIN
Page: 302
Size: 6 inch x 9 inch
Belia berisiko merupakan golongan yang mudah terdedah kepada permasalahan sosial yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Memahami belia berisiko merupakan mekanisma yang sangat signifikan terhadap usaha pembangunan belia positif. Fenemona masalah sosial yang semakin kompleks dalam konteks media baharu, lebih mencabar terutamanya pihak bertanggungjawab dalam membangunkan potensi kepimpinan negara dengan inisiatif yang lebih kreatif dan memberi impak kepada tingkah laku, gaya fikir dan kematangan emosi secara berterusan. Justeru, buku belia berisiko ini adalah garapan daripada pelbagai bidang dan kepakaran dalam membincangkan belia berisiko dalam pelbagai konteks. Perbincangan yang mendalam daripada kajian yang telah dilakukan dapat memberi manfaat kepada pembaca, pekerja belia dan organisasi yang bertanggungjawab terhadap pembangunan belia dalam menterjemahkan usaha dan strategi kepada kaedah pencegahan dengan lebih efektif.