Editor: Samiron Rahmat @ Nurimas SN, Mushawiahti Mustapha
Pages: 134
Book Size: 6 X 9 (Inch)
Buku ini merupakan koleksi cerpen dan ulasan pakar mata tentang penyakit mata lazim dalam kalangan masyarakat dan mengandungi himpunan cerita dan kisah benar pengalaman para doktor dan pengkaji yang kemudiannya diadun secara kreatif dalam bentuk cerpen dan diari kehidupan. Kisah yang dikutip dan disaring ini pula mendapat ulasan pakar tentang definisi penyakit mata yang digambarkan. Selain itu, cadangan penjagaan, info simptom dan penyakit mata yang dihidapi serta gambar rajah bermaklumat cukup memberi panduan berguna kepada pembaca. Antara penyakit mata yang dibincangkan dalam cerpen termasuklah katarak, kencing manis dan pendarahan mata, kelekangan urat mata (retinal detachment), sindrom gegaran otak bayi (shaken baby syndrome), penuaan macula (age related macular degeneration), kanser mata dalam kalangan kanak-kanak, ulser kornea, kecederaan mata, penyakit juling, glaukoma, radang mata (uveitis) dan penyakit bawaan kucing (cat scratch disease).