WELCOME TO UniMAP ONLINE BOOKSTORE >>>>>>>>>GET OUR LATEST TITLE HERE>>>>>> WELCOME TO UniMAP ONLINE BOOKSTORE>>>>>>>>> GET OUR LATEST TITLE HERE >>>>>>>>>WELCOME TO UniMAP ONLINE BOOKSTORE>>>>>>GET OUR LATEST TITLE HERE>>>>>>>>>
Buku ini adalah koleksi penulisan Prof. Madya Dr. Huzili Hussin dalam akhbar Sinar Harian selama hampir tiga tahun. Konsep yang dikemukakan dalam setiap tulisan adalah selaras dengan kepakaran beliau dalam bidang psikologi kaunseling. Cara penerangan yang santai dan mudah, membolehkan kita memahami intipati tulisan beliau dengan baik serta boleh diterima dengan mudah. Buku ini diberi tajuk Bukan Payah Nak Hidup kerana kesemua tulisan beliau adalah berkisar mengenai perjalanan hidup kita seharian yang memerlukan kematangan, ketahanan, kesabaran serta ketekunan. Kesemua tulisan beliau adalah tidak berkait antara satu sama lain, namun mengupas semua isu kehidupan masyarakat. Buku ini bukan sekadar untuk menyebarkan ilmu kepada masyarakat, namun cukup baik untuk terapi diri. Ambillah iktibar daripada penulisan beliau serta baca dan hayatilah buku ini dengan ikhlas dan jujur, insya-Allah akan terungkai segala jawapan bahawa, bukan payah nak hidup.
QUOTE
Tak ada hari yang menyulitkan kita, kecuali kita sendiri yang membuat sulit.