WELCOME TO UniMAP ONLINE BOOKSTORE >>>>>>>>>GET OUR LATEST TITLE HERE>>>>>> WELCOME TO UniMAP ONLINE BOOKSTORE>>>>>>>>> GET OUR LATEST TITLE HERE >>>>>>>>>WELCOME TO UniMAP ONLINE BOOKSTORE>>>>>>GET OUR LATEST TITLE HERE>>>>>>>>>
Buku Asas Geopolimer: Teori dan Amali ialah sebuah buku yang membincangkan beberapa perkara asas yang penting mengenai geopolimer. Ia meliputi aspek-aspek seperti;
•Sejarah geopolimer
•Pengenalan kepada geopolimer
•Perbandingan konkrit geopolimer dengan konkrit biasa
•Bahan mentah dalam geopolimer
•Tindak balas kimia
•Kaedah pemprosesan
•Kualiti konkrit geopolimer
•Penyelidikan geopolimer masa kini
Penulisan buku ini menumpukan kepada teori asas, proses dan pencirian geopolimer yang memberi pengetahuan kepada pembaca mengenai teori dan praktikal berasaskan hasil penyelidikan yang dibuat penyelidik. Tiga perkara utama yang dibincangkan di dalam buku ini ialah bahan mentah (larutan pengaktif alkali), tindak balas kimia yang memainkan peranan dalam proses pengeopolimeran dan pemprosesan geopolimer. Buku Asas Geopolimer: Teori dan Amali ini juga adalah buku pertama yang dihasilkan dalam Bahasa Melayu.